Followers

Monday 25 November 2013

Mengambil kesempatan atas kebaikan

Hye semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang aku kasihi. Hari ni tajuk memang sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Terlalu banyak sangat manusia yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bukan nak komplan, aku pun pernah kena macam tu dulu la. Sekarang bila dah belajar dari pengalaman sebelum ni aku lebih matang untuk kenal orang-orang macam ni.

Tak kisah kalau kita nak buat apa pun, tapi tolong jangan ambil kesempatan. Macam kisah kawan aku, kawan dia ambil kesempatan atas kebaikan dia. Bila baik sangat pun tak boleh jugakan. Siap suruh ambil nak pergi kerja, hantar pergi rumah kawan la bagai. Ingat driver ke. Selamat kawan aku tu baik sangat. Kalau aku memang tak dapat la nak macam tu brader.

Kalau meminjam tu jangan la lupa pulangkan, kalau kawan tak cakap tu bukan la dia malu tapi dia tak nak bermasam muka je. Kadang-kadang ada yang meminjam lepas tu nak lari-lari. Bila terserempak buat macam tak tahu je. Takkan la nak suruh kawan minta macam AH LONG. Gua bukan tolong, gua ahlong... hahahaha...

Ada juga yang meminjam barang tak reti-reti pulang. Aku ni kalau collect orang pinjam tu memang dah jadi pameran dah rumah aku ni. Cakap nak pinjam, bila dah bagi buat tak tahu je. Zaman telah berubah, orang tak takut dah akan hukum Tuhan. Tak salahkan orang zaman sekarang sebab sekarang pun kita tak di ajar dengan pendedahan macam tu. Kalau tengok TV je cerita tak memberi kesan dan impak yang baik.

Cerita sekarang aku tengok lebih pada orang kaya je. Takda yang miskin. Yang miskin pun rupanya anak orang kaya. Kalau hakikat sebenar kehidupan kita boleh kita lihat sekeliling la kan. Tak semua seindah cerita. Adakala perlu menunjukkan kisah benar kehidupan supaya manusia lebih sedar akan kewujudan manusia yang kurang berkemampuan.

Jangan la ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Takut nanti bila tuhan balas balik, kita yang merana. Aku pun tak la baik mana. Aku just share apa aku rasa. Mungkin aku pun ada kala mengambil kesempatan, tapi tolong beri teguran supaya aku sedar aku pun manusia yang tak dapat lari dari kesilapan.

"Semoga kita diberi hati yang baik dan menjadi lebih baik dari hari ini"

ZH Blogger

16 comments:

  1. Aefa sakit hati jenis yg meminjam kemudian tak nak pulangkan tu. Kita pulak terhegeh-hegeh mintak dari dia. kalau tak mintak balik memang jadi hak milik dia sepenuhnya. -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa. Benda biasa berlaku macam ni. Nak minta segan juga kdg2, bila tak minta melampau2...

      Delete
  2. yupp.... love this topic.... spesies mcm ni memang tengah membiak ponn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah menetas banyak pun dayat... Hahahaha...

      Delete
  3. aku pun heran dgn sesetengah spesis manusia nih, bila nak meminjam duit kemain baik alahai, nak membayar balik haram, siap kata sakit nak mati lah tak keje lagi lah, hadoiii... sori aku emo plak, entri kau tu membuatkan aku terkenang manusia2 durjana yang meminjam drp aku RM beribu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dunia sekarang. Tak takut hukum akhirat dah. Mungkin kat sini diorang boleh lari. Tapi aku marah2 pun aku halalkan je la. Mungkin tu dapat menjamin aku nanti. =)

      Delete
  4. Muz kalau bg pinjam mmg jenis yg tak suka mtk, nak org tu plngkan sndri, karang kalau kt mtk lain pulak kata dia. Lg skt hati bl jenis pnjm buat hrta sndri. Lg baik tak yah bg pnjm lbh senang. Tk kisahlah nak kata kdkut pon, asal x mkn hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Muz. Tapi tu la, aku ni kadang2 cakap je lebih, tak sampai ht kadang2... Tu je la masalah dalam hati aku ni. Mudah kesian dan percaya...

      Delete
  5. kita boleh jadi baik, tapi orang janganlah lebih-lebih atas kebaikan kita, kita kasih hati dorang minta jantung,,, itu namanye tak tau terima kasih... Ni cerita pasti ade hikmahnye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita saja je ni artiirhamma. Nak meluahkan segalanya sebab sekarang dunia makin berani. Untuk bagi mereka memikirkan dan untuk mengajar diri sendiri supaya tak jadi macam tu. =)

      Delete
  6. nice entry. hehe
    macam2 ragam manusia ni ye =)
    bersabar lah

    ReplyDelete
  7. Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman akak, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, akak yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya akak. Saya pun cuba meredhai segalanya. Tiap berlaku sudah tersurat cuma kita belum tahu apa yang tersirat disebalik kejadiannya.. =)

      Delete