Mesti ramai nak tahu apa ciri-ciri wanita idaman sang kumbang (Lelaki la). Bukan senang nak mendapat ciri-ciri yang di idamankan. Sini aku letak la ciri-cirinya. Mana tahu para wanita nak berubah pula ke. Hehehehe.
1. Solehah
Adakala lelaki memang nak yang solehah. Walaupun perangai dia pun macam Setan. "Bukan setan la Syaitan, Sultan" Cerita Seniman Bujang Lapok. Hahhaha. Kenapa nak yang macam ni kalau diri tak baik? Mungkin bagi lelaki seorang perempuan adakala boleh mengubah diri mereka jadi lebih baik. (Takut Bini)
2. Penyayang
Ramai lelaki nak wanita yang penyayang. (Bukan gedik). Kalau wanita tu penyayang, mesti la lelaki bertambah sayang. Tak perlu nak buat-buat penyayang la kan. Biar keluar dari hati yang murni.
3. Sporting
Ni pun penting juga ni. Sebab apa, kalau wanita tu sporting, boleh jadi kawan dan kekasih dalam satu masa. Kalau wanita tu garang je, lelaki pun takut nak cerita masalah. Mana tahu dia nak kahawin lagi, boleh la bawa berbincang macam kawan. Hahahaha. (Bukan aku ok)
4. Jujur & Ikhlas
Sebenarnya aspek ni paling penting. Kalau kita jujur dan ikhlas pada lelaki tu, tak kira dia tak hensem macam aku ni, mesti banyak persefahaman yang boleh dibuat. Jangan pandang rupa sangat, takut nanti jadi andartu (Anak Dara Tua). hahahahaha
5. Tidak Materialistik
Ni paling aku dan para lelaki takut. Materialistik. Jangan....Jangan... Jadi macam ni. Sebab apa? Please la, kalau dapat yang takda harta macam aku ni, apa mampu diberi. Hati yang suci sukar dicari. Kalau nak juga pandang kebendaan, cari lelaki ada kedai besi buruk, macam-macam benda ada. Hahahaha...
6. Natural Beauty
Maksudnya bukan nak yang cantik sangat pun. Tapi tak payah la makeup sampai tebal 10 inci, pemerah bibir sampai lagi merah dari warna kereta sport. Hahaha. Ni bukannya pencarian watak hantu. (Sorry kalau terasa). Kan better korang makeup ala kadar je. Bersyukur la dengan kurniaan Allah. Jangan rasa rendah diri walaupun rendah, sebab rendahkan comel. Tak gitu. =P
7. Tak Sombong
Jangan nak menyombong sangat la. Lelaki yang cool macam aku ni, memang pantang betul jumpa yang menyombong ni. Biar luar tak cantik, tapi dalamannya cantik. Sombong la tinggi mana pun, bukan boleh terbang macam burung pun. Cakap cara baik je dengan orang sekeliling, baru ramai suka kawan. =)
Ni antara ciri-ciri yang dapat aku ceritakan. Tak banyak tapi boleh membantu la juga. Aku ni tak kisah pun dengan jenis-jenis macam ni. Yang penting kita dah sayang, semua boleh terjadi. Berubah perlahan-lahan dan kena paham setiap manusia berbeza sifatnya.
Jangan jadikan orang yang kita nak tu menjadi bukan diri dia yang sebenar. Terima kelemahan dan kelebihan mereka. Dan kalau tanya aku ni boleh berubah ke kalau orang suruh? Jawapan aku senang je.
"Aku Tetap Aku"
suzy doakan ZH jumpa gadis yang mempunyai ciri² mcm ZH inginkan..insyaAllah :)
ReplyDeleteInsyaallah... =)
Deletesusah-susah..
ReplyDeleteSusah ke? Senang juga kot... =)
DeleteSOLEHAH tu yg mcm mane tu?. hihi, jadi tanda tanya jap
ReplyDeleteSolehah tu berbuat apa yang di tuntut agama. Tak nak la panjang2... hehehe...
Deletehati bila dah sayang tak ingat dah semua dalam senarai tu..bau belacan pun boleh jadi wangi...hahaha
ReplyDeleteBetul la kot... hahaha...
Deletenice share. jgn girgirl jadi imam untuk lelaki.
ReplyDeleteInsyallah suami boleh bentu isteri solehah selepas kawin nanti insyallah
Moga macam tu la hendaknya... =)
Deletelelaki baik utk wanita yg baik bgitu sebaliknya:) yg lain tu hnya ciri2 sampingan yg penting mestilah ada pegangan agama.. tak cantik xpe yg pnting sedap mata memandang..hoho, jgn marah arr ..pndangan seorang wanita besa :P
ReplyDeleteYa ke. Tak juga. Kalau jodoh tak kisah mana pun takdirnya. =)
Deleteouuuuu. baru tahu ni.. sebelum ni tak sure ciri idaman lelaki camne. haha :) btw, semoge ZH dapat wanita idaman ZH ^^
ReplyDeleteZH tak kisah mcm mana pu. Ni ciri utk lelaki lain. Bukan utk ZH la.
Deletelau ZH jenis x kisah maknanya x de la susah sangat nak cari calon..
DeleteTu la. Saya ni cerewet time membeli barang sendiri je. =)
DeleteZaki cara kita sama..
DeleteME sendiri memang cerewet lagi2 bila shopping...
sebab kita nakkan barang yang berkualiti dan sesuai dengan harga yang kita bayar...
Betul tu ME. Benda nak pakai lama. =)
Deletenice sharing.. :)
ReplyDeletethanks Azwar. :-)
DeleteAmboi perfectnya!!!! Sama lah. Qila pon harap sangat dapat future husband yg perfect lol heheheheheh
ReplyDeleteInshaallah amin!!! May semua org dapat yang diidami hihihi
bukan perfect sgt. Ni just apa yg ZH review dr kawan2. Bkn utk ZH pun.
Deletebagi atie x kira lelaki atau perempuan, jujur dan ikhlas terima pasangan seadanya yg penting... sikap toleransi pun kena ada sebab x kan setiap masa nak sporting je.. cuma kalau isteri ni cakap kat suami 'abg, syg nak pergi keluar jumpa samat kejap".. dalam hati lelaki mesti terdetik rasa cemburu sebab isteri nak keluar jempa lelaki.. tp yg perempuan boleh balas cakap " abg keluar dengan setiausaha abg, syg sporting je.. x marah pun" nampak x kat situ mainan die.. so jujur, ikhlas dan toleransi tu mmg penting.. hehehe.. berjela pulak komen.. jangan marah.. ;)
ReplyDeletebetul panjang ulasan dia ni. Hahaha. Mungkin betul jugakan.
DeleteSemua tu penting x salah pun....aik ! belum kahwin dah cerita nak kahwin lagi satu.....hahahaha.....nak dpt yg satu pun punya lah susah...jgn mcm tu....relax cool and enjoy zack.....weee
ReplyDeleteni adalah gurauan je. Hahaha.
Deletetq for info
ReplyDeleteMost welcome bro...
Deletebetul tu.. tp agak susah nak cari yang complete camtu...
ReplyDeletetp kalau selalu berdoa dan minta pada-Nya apa yg kita nak, Dia pasti akan tunaikan...
insyaAllah..
Semoga dapat apa yang dihajati.
Delete