Followers

Friday 27 December 2013

Penulisan aku sebagai blogger


Alhamdulillah.

Ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca kisah "Aku Tetap Aku" walaupun penulisan dan jalan cerita agak kurang lagi bagi seorang penulis macam aku. Kadang-kadang aku sendiri rasa kenapa aku menulis? Aku bukan minat menulis zaman dulu dan aku bukan belajar sastera pada masa yang lampau. Apa yang membuatkan aku boleh menulis?

Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku. Kadang-kadang terasa kelakar baca penulisan sendiri. Tapi aku tahu, bukan semua orang suka akan penulisan kita. Dan aku tak pernah pun terfikir untuk membuatkan orang suka. Yang penting bagi aku, penulisan satu kepuasan. Tak kisahlah orang nak baca atau tidak, nak herdik atau puji, itu semua terserah pada pandangan masing-masing.

Hidup ni adakala bukan seperti apa yang kita kehendaki. Hidup berjalan macam roda, adakala kita diatas, tapi roda akan berpusing kembali. Bila kita diatas, jangan lupa akan diri. Ingatlah orang yang sentiasa bagi kita sokongan dan dorongan. Mungkin aku tak terkenal dalam dunia blog ni. Tapi aku amat kenal dengan orang yang sentiasa bagi aku dorongan dan ransangan dalam penulisan aku.

Nak bagi korang duit tak mampu, yang aku mampu berikan ucapan terima kasih dan penulisan dari hati aku yang ikhlas sahaja. Setiap orang ada gaya penulisan yang berbeza. Aku pun tak tahu apa perbezaan dalam penulisan aku. Teringat kali pertama aku menulis dalam blog aku, tanpa seorang follower's pun. Menulis pun rasa syok sendiri (SS), tapi aku cuba mencari otai² kat blog dan bertanya. Aku sendiri tak tahu blog ni untuk apa. Aku cuma tahu, aku ada akaun gmail, lepas tu aku cuba buka setiap apa yang ada kat gmail dan klik² terus ada blog.

Apa pun thanks sebab sudi singgah dan baca aku merapu hari ni. =)

"Ikut resam padi, makin berisi makin tunduk"

16 comments:

  1. tak ape.. try and error. tak semua kita buat boleh puaskan hat org lain =)

    ReplyDelete
  2. sokay .
    it oso can improve ourselve
    persetan apa org nk kata
    yg baik amek yg bruk buang jejauh :)
    just be urself ^__^

    ReplyDelete
  3. Just go with the flow, enjoy in writing ;)

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya.Penulisan ni kalau kita suke mmg tidak mjadi masalah .Setuju,boleh jana pendapatan sambil menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah. Semoga penulisan sy bertambah baik.

      Delete
  5. jom join segmen bloglist akak zack... :) lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sempat sy join. Thanks singgah sini kak.

      Delete
  6. singgah sini..
    jemput join segmen saya
    http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

    ReplyDelete
  7. teman suka jea baca setiap penulisan zack.. keep it up

    ReplyDelete
  8. kono jage2 tu, kang ade yg cilok & ngaku itu idea & hakcipta dorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Bahaya juga macam ni. Takut². Takut ni kisah hidup sebenar. Siapa yang tahu mungkin akan tahu kisah siapa kah ini. Sebab tu aku tak takut. =)

      Delete