Permulaan Perkenalan
Seminggu selepas aku menyambut hari kemerdekaan, aku melepak dikedai minum area rumah bersama Rashdan, Azman dan Deen pada malam hari. Kami berborak dan gelak ketawa bersama. Mungkin kerana kami dah biasa berkawan dari kecil, itu yang membuatkan aku selesa melepak dengan diorang. Selesai je minum, aku ikut Deen beli barang di 7-Eleven. Dalam perjalanan ke kedai tu, Deen terus menegur seorang perempuan, mungkin kawan dia.
"Hi Nurul. Tak sangka jumpa pula kita."
"Deen, nak pergi mana ni? Nurul dah nak balik ni."
Dalam hati aku berkata, ramai juga kawan perempuan Deen ni. Mungkin sebab dia pandai berkata-kata dengan perempuan. Kalau aku mau tergagap-gagap nak bercakap dengan kawan perempuan. Aku terus mendengar perbualan diorang.
"Deen nak pergi 7-Eleven ni. Nak beli barang sikit. Nanti senang-senang kita jumpa la lagi ya. Nanti Deen call atau mesej Nurul ke."
Baru melayan mereka berborak, aku terdengar suara yang datang dari depan aku. Aku terus terpandang perempuan tu. Mimpi ke aku ni? Perempuan yang aku nampak malam hari kemerdekaan betul-betul didepan aku sekarang ni.
"Kak... Jom balik, Along dah tunggu dekat kereta tu."
"Ok la Deen, Nurul balik dulu ok. Jumpa lagi Deen."
Nurul terus melambai kami dari jauh dan aku hanya terpaku melihat orang yang memanggil Nurul tadi. Adakah adik dia atau apa? Deen terus mengajak aku membeli barang di 7-Eleven. Dalam perjalanan pulang, aku terus bertanya pada Deen.
"Deen, tadi tu siapa?"
"Kawan sekolah aku tu. Kenapa? Kalau kau nak tak boleh la, sebab aku nak try dia."
"Ya ke. Tak berminat pun aku. Walaupun dia kecil, comel dan menawan. Tapi aku cuma nak tau, yang panggil dia tadi tu siapa?"
"Tu adik dia, Husna. Kenapa?"
"Hari merdeka hari tu aku macam ternampak dia dekat KL. Aku cam sangat muka dia. Kau ada tak nombor adik dia? Bagi dekat aku boleh?"
"Mana ada nombor adik dia. Nanti aku minta dekat Nurul."
Aku pun terus pulang ke rumah aku. Sedang baring pun aku terbayang akan wajah tu. Adakah aku dilamun cinta? Aku sendiri pun tak tahu macam mana rasa cinta dihati ni. Yang aku tahu, aku sangat-sangat berminat melihat wajah dan perwatakan dia. Harap dapat aku berkenalan dengan dia nanti. Aku terus terlena didalam senyuman.
Selepas hari tu, aku lebih banyak melepak dengan Deen untuk mendapatkan nombor Husna. Hari minggu kau melepak merokok dan bersembang dengan Deen di kawasan perumahan kami.
"Deen, dah minta ke nombor Husna?"
"Belum lagi la Jamm. Aku tak jumpa dia. Kau kan tahu aku mana guna handphone."
"Guna la handphone aku, kau call la Nurul."
Deen terus mengambil handphone aku dan menelefon Nurul. Sambil berborak aku mengharap sesuatu yang aku inginkan. Habis mereka berborak Deen kembalikan handphone pada aku.
"Macam mana? Dapat tak nombor dia?"
"Tak dapat, Nurul cakap kalau kau nak kau minta sendiri. Dia tak nak main bagi je dekat orang dia tak kenal."
"Ya ke. Aduh... Macam mana ni. Bila masa aku nak jumpa dia. Macam aku kenal pula diorang tu."
"Macam ni la Jamm, kau simpan nombor Nurul tu. Nanti esok ke lusa kau call dia dan minta sendiri. Senang je kan."
"Aku cuba la. Aku tak pernah nak berborak-borak dengan perempuan dalam phone lagi. Macam malu tapi mahu. hahahaha."
"Macam-macam la kau. Dah la wei, jom gerak. Aku nak tidur ni."
"Ok jom-jom."
Kami gerak balik. Sampai je dirumah aku terus ke bilik aku, aku terfikir, termenung menanti hari yang akan datang. Tak sabar pula rasa nak call dan minta nombor Husna. Keesokkan malamnya, aku terus menelefon Nurul.
"Assalamualaikum. Nurul ke ni?"
"Walaikumsalam. Siapa ni?"
"Saya Jamm, kawan Deen. Boleh ke saya call ni?"
"Ohhh... Yang dekat luar 7-Eleven dengan Deen hari tu ke?"
"Aah. Selamat ingat. Sorry kalau ganggu, saja nak borak kejap. Boleh ke? Mana tahu BF Nurul marah ke nanti."
"Mana ada BF la. Nurul single and available."
Amboi, siap bagi tahu available tu. Harap adik dia pun available la. Dalam 10 minit kami berborak dan bertanya tentang diri masing-masing, aku terus teringat motif utama aku telefon Nurul.
"Nurul, nak tanya ni, Husna adik Nurul kan?"
"Aah, kenapa ye?"
"Dia ada tak? Kalau ada nak cakap dengan dia boleh tak?"
"Ohh, rupanya nak cakap dengan Husna. Ingatkan nak kenal dengan Nurul. Jamm la rupanya nak berkenalan dengan Husna tu ye?"
"Aah. Boleh ke nak cakap dengan dia?"
"Kejap tau."
Terus dia memanggil Husna dan aku terdengar suara Husna di telinga aku.
"Hello. Siapa ni?"
Nafas seakan terhenti seketika. Dengan menarik nafas dan menelan air liur, terus aku mulakan kata-kata dengan penuh sopan.
"Hai. Saya Jamm. Hari tu ada ternampak masa dekat depan 7-Eleven. Boleh tak nak kawan dengan Husna? Kalau sudi la."
"Husna tak ingat la. Nanti la k. Lagi pun Husna tak bagi nombor dekat orang baru Husna kenal."
"Takpa la, Jamm call Husna guna nombor Nurul la sementara nak kenal. Bolehkan?"
"Ok. Tak kisah kalau macam tu."
Kami terus perbualan dan mula berkenalan. Setelah hampir 20 minit berbualan kami pun meletak telefon masing-masing. Aku terbayang, bila dapat berjumpa berdua dengan Husna. Tak kisah la. Aku kena berani sekarang. Dalam seminggu aku sentiasa call Nurul untuk bercakap dengan Husna. Sampai aku rasa Nurul pun dah menyampah tengok nombor aku setiap malam di handphone dia. Sampai hari ke 9 ada nombor tidak dikenali telefon aku. Siapa ni? Jawab je la.
"Hello."
"Hello, Jamm ke ni?"
"Ya saya. Siapa ni?"
"Saja nak berkenalan, boleh tak?"
"Tak berminat la. Tak kenal pun siapa awak. Sorry la k."
"Husna la ni. Hehehehe. Sombongnya. Dia nak kenal dengan kita, kita layan je."
"Hehehehe. Husna ke. Ingat siapa tadi. Kalau Husna terus Jamm jadi minat."
"Ya la tu. Cuma nak bagitahu, ni nombor Husna. Simpan la ya. Jangan nanti Husna call tanya siapa lagi. Sekeh Jamm nanti."
"Mesti la simpan. Thanks sebab bagi Jamm nombor Husna."
"Ok la Jamm, Husna nak keluar dengan akak dah ni. Nanti borak lagi ok."
"Ok. Bye Husna."
"Bye Jamm."
Seronoknya aku, dia dah bagi nombor dekat aku. Tapi Belum dapat jumpa dia lagi. Harap dia akan sudi la bila aku ajak dia jumpa nanti. Betul ke ini takdir hidup aku? Aku tak pernah jatuh cinta dan kalau ini dinamakan cinta, aku terima seikhlasnya. Harap perkenalan aku tidak terhenti disini.
Bersambung...
amboi siap bersambung2 hihi .. cite jiwang nih
ReplyDeleteTak berapa nak jiwang rasanya. Hehehehe...
DeleteZack, ini cerita ekau sendiri ke? mcm best je, hehe
ReplyDeleteNi aku yang tulis. Cerita siapa tu biar la rahsia. hehehe
DeleteDah boleh buat novel nih.
ReplyDeleteBelum mampu lagi.baru berjinak² dalam penulisan ni. Masih banyak yang perlu diperbaiki. =)
DeleteDah boleh buat novel takpun script untuk drama. hehe
ReplyDeleteNovel mungkin akan datang. Script drama tu macam susah je rasanya. Hehehe
Deletehehehe.. ni bukan citer zack sendiri ke? mcm yea jea.. mcm yea jea.. hi3
ReplyDeleteAmboi TB. Korek rahsia ke. Adalah kisah someone. =)
Deletewahh best ni...boleh buat buku ;)
ReplyDeleteTerima kasih Linda. Akan datang In Shaa Allah. =)
Deletemenarik cerita ini.. pandai zack menulis.. boleh buat novel ni..
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi baca. =)
Deletemenarik!!!! teruskan ye
ReplyDeleteTerima kasih bro. In Shaa Allah selagi hayat dikandung badan. =)
Deleteek...brader tulis cerita ke? baru baca ni. bagi la link episod sebelum2 ni.
ReplyDeleteYe saya. Ada link dia dekat bawah setiap episod. Klik je link Kisah Aku Tetap Aku. Dalam page tu start dari episod 1 hingga seterusnya. Nak baca episod pertama kena scroll paling bawah sekali dekat link tu. =)
Deleteabg Zack, you should be a novel writer. keep it up =D
ReplyDeleteThanks Ee. Abang pun rasa macam tu. Mungkin nanti abang ada laptop baru abang kerap update story. =)
Deleteni novel ke....hehehehe
ReplyDeleteNovel online dari saya je. =)
Deletekarya sendiri? wah rajinnya :D
ReplyDeleteSuka menulis panjang². Terasa nak buat cerita macam novel. Tu yang mencuba ni. =)
Deletewah...excited nak tahu kesinambungannya
ReplyDeletebez..
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Dalam proses membuat sambungan dengan cepat. =)
Deleteni novel tulisan sendiri ke? Rajinnya
ReplyDeleteYup. Time ada masa baru dapat menaip. =)
Deletewah..cepat2 sambung..xsabar nak baca :)
ReplyDeleteHehehe. Akan cuba mempercepatkan. =)
Deletemenarik.. saya tunggu sambungan seterusnya =)
ReplyDeleteYa la. Nanti kita sambungkan. =)
DeletePerghhh nampak effort tu :D Nad minat orang tp org tu anggap nad bestfriend :( Any tips Zack?
ReplyDeleteTanya kita lak. Mana la kita pandai. Cuba berterus terang is better. =)
Deletehai zack.. jom singgah sini.. mesti zack suka punya..
ReplyDelete-->http://kucenkucenbelog.blogspot.com/2014/01/didga-skater-cat-kucing-skateboard.html
Ya ke. Jap lagi teman singgah entry ni ok. =)
Deleteterbaik...
ReplyDeleteterima kasih. :-)
DeleteFeewittt :3 Gila kentang lh bang ! (y) Suka suka suka <3
ReplyDeleteKeep it up! =D
terima kasih. Will try my best.
Deletehebat la zack...
ReplyDeleteMana ada hebat kak kathy. Akak lagi hebat. =)
Deletebiasanye kalo suka kat someone, balik tu mesti teringat..even masa tidur pun camne entah boleh termimpi jugak..hehehe
ReplyDeleteTu la kan. Pengalaman kan tu. =)
Deletehahaha...menarik crita ni.... teruskan lagi
ReplyDeleteTerima kasih. =)
Deletemenarik tak sabar nak baca yg seterus nya...
ReplyDeleteAkan datang. Dalam this week. =)
Delete