Hai semua. Rasa sekarang aku dah jarang update blog aku. Tak macam dulu, hari-hari ada je cerita. Sebenarnya applikasi Blob 2.5 aku ada problem sikit dalam seminggu ni. Hari ni baru boleh guna. Apa aku nak cerita hari ni? Hari Sabtu lepas, bersamaan 11.01.2014, aku pergi cari jam.
Tak tahu nak beli jam apa, mungkin sebab bajet tak banyak sangat, aku pilih untuk beli yang tak berapa mahal sangat. Aku dah survey jam dari hari Khamis lepas dan aku dah cari yang berguna untuk aku. Dan aku memilih untuk membeli jam jenama Casio Data Bank model DB-360 Gold. Nak tengok?
|
Casio Data Bank 360 Gold (Google Image) |
Lepas aku cuba tengok apa yang boleh dipakai, dan aku rasa jam ni berguna untuk aku. Apa yang ada? Nama pun data bank, so jam ni boleh memuatkan data sebanyak 30 data. Setiap data mempunyai 8 huruf dan 15 nombor. Aku pun pergi la cari antara harga yang termurah aku boleh dapat. Hari Sabtu aku cari dekat Pudu RM180 tapi aku berjaya jumpa di area Chow Kit Road RM150 je. Warranty selama setahun dan bateri tahan lebih kurang 2-3 tahun.
|
Jam baru aku |
Buat masa ni aku dah baca manual book jam ni, dan aku berpuas hati dengan kegunaan jam tangan ni. Aku dah letak nombor telefon yang penting dan nombor akaun yang berguna. Antara specs yang aku baca, alarm boleh setting sampai 5 alarm sekaligus. Stopwatch, Countdown, bahasa boleh tukar dan ada 13 jenis bahasa. Bahasa Melayu memang takda la, so aku guna bahasa English.
Tu je la aku nak cerita. Thanks for review blog aku. Malam ni aku akan start menulis kisah "Aku Tetap Aku" - Episod 6. Nantikan kemunculan kisah ini pada minggu ini. ByE-bYe...
cantik jam baru.
ReplyDeleteterima kasih bang. :-)
Deletecantiknyer.. bila la nk beli jam ni.. dh lama tgk jam kat hp je..
ReplyDeleteain beli la. casio banyak jam cantik2 dan harga yang berpatutan.
Deletesama laa jam tangan anak akak ...along :)
ReplyDeleteya ke kak? Boleh geng. Hehehe
Deletemurahnya..tapi cantik..kalau kat kedah memang susah nak dapat harga macam tu....
ReplyDeleteSekarang jam dah tak mahal sangat. Kena bijak memilih yang elok dan kegunaannya menarik hati.
Deletewuyoooo ... stylo laa abg zack pas nie hehehe.. gurau je.. btw, cantik =) byk fungsi plak tuu.. harga pun berpatutan kan.. saya dah lama tak pakai jam .. jam lama rosak dah.. bajet takde nak beli baru huhu
ReplyDeleteabg memang dr dulu style + telur. Hahahaha. Thanks. Elina try kumpul pelan2. Jam tak perlu yang mahal2, yang penting ada kegunaan. :-)
Deleterasa berminat pulak nak ada jam mcm tu walaupun aku tak berapa berkenan pakai jam tgn, ok nnti aku pegi cari :-)
ReplyDeleteCari la. Sebab adakala jam ada kegunaan sampingan.
Deleteamboi...berjam baru tu....
ReplyDeletecantik kaler =)
Thank Cheqna. =)
Delete