Followers

Thursday, 20 February 2014

Kerjaya atau Keluarga

Google Image
Yang mana akan kamu pilih jika kamu terpaksa pilih salah satu antara kedua ni? Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan dekat sini. Adakala aku rasa segelintir orang lebih mengutamakan kerjaya daripada keluarga. Kenapa aku berkata demikian? Jika kita perasan, adakala bila kita berkata dengan majikan lebih baik dari berkata dengan ahli keluarga sendiri. Bukan kamu atau kamu, tapi segelintir orang daripada kalangan kita sendiri.

Betul atau tidak? Tepuk dada tanya selera. Pernah ke kita berfikir, jika kita didalam masalah, siapa yang akan membantu kita? Siapa yang akan menghulurkan tangan untuk memimpin kita? Dah tentunya ahli keluarga kita sendiri. Bukan aku suruh kamu semua untuk tidak bekerja atau tidak menghormati majikan kita, tapi jika kita boleh berlembut atau berkata baik dengan majikan kita, apa salahnya kita lebih baik kepada keluarga kita sendiri.

Takut kehilangan kerja? Takut tiada masa depan? Ingatlah, siapa yang memberi kita rezeki? Majikan ke? Ataupun Tuhan Yang Esa. Percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Aku bukan guru atau pun seorang yang arif tapi kita diberikan akal dan diberikan ruang ilmu untuk mengenal apa yang benar atau yang salah. Hidup tak selalunya indah. Setiap kali kita diatas, kita pasti akan ke bawah.

Cuma aku nak bagitahu, utamakan ahli keluarga kita dahulu. Tanpa mereka, siapalah kita sekarang. Pengorbanan tidak boleh di nilai dengan wang ringgit. Hanya mereka yang mempunyai hati dan perasaan sahaja mengerti apa erti pengorbanan. Ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa bukan diberikan melalui wang ringgit, tapi melalui cara kita memberi mereka kasih sayang. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang menerima dan memberi dengan ikhlas dan redha.

Akhir kata, ayat aku macam skemakan? Jangan gelak, ketawa atau seangkatan dengannya. Ni bukan raja lawak. Cuma menulis apa yang dirasa. Berkata melalui hati dan terus ke jari jemari. Tiada siapa dapat menilai kecuali mereka yang menghargai. Cinta bukan untuk menerima tapi untuk mereka yang memberi.

"Terima kasih kepada pembaca yang sudi"

18 comments:

  1. pilih lha keluarga :D keluarga adalah segalanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kerja boleh dicari tapi keluarga?

      Delete
  2. Keduanya penting,tapi keluarga yg utama.

    ReplyDelete
  3. Tapi sekarang ramai terlalu mementingkan kerjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja ibadah juga, tapi keluarga jihad. Betul tak chegu?

      Delete
  4. akak berhenti kerja sebab nak jaga mak yang kurang sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa kak. Rezeki dekat mana2 je. Tapi mak tiada gantinya.

      Delete
  5. harus pandai balance antara kerjaya dan keluarga agar dua2 tak terabai. apa2pun, keluarga tu tetap penting dr kerjaya. susah senang sentiasa bersama tapi kalau kerjaya? hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. Cuma jgn terlalu lebihkan kerjaya dan lepas tu kita pula menyesal.

      Delete
  6. salam zack. kalo mcm ana, mmg family 1st.. sampaikan ana dah maintain keje kat tmpt keje skg ni sbb FAMILY. sbb nak jaga parents :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yg kita lakukan ikhlas untuk keluarga pasti ada balasan yang baik. Yakin pada janji Illahi.

      Delete
  7. pernah rasa hidup dengan org yang pentingkan career daripada family. hmmmm T__T hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah ke? Takpa, manusia boleh berubah. Cma masa belum sampai lagi.

      Delete
  8. kerjaya mesti selari ngan keluarga.
    xde kerjaya nak support family xleh jugak.
    tapi jgn sebab ade kerjaya family dilupakan..huhu

    ReplyDelete