Followers

Thursday 20 March 2014

Nokia Lumia & Windows Phone Website

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni jom baca sikit review aku tentang Nokia Lumia dan Windows Phone Website. Kedua-dua ni saling berkait umpama bulan dan bintang, Laila dan Majnun, isi dan kuku, batu dan gunting. Hehehehe. 

Tapi bila korang nak sync guna microsoft kena ada akaun dengan microsoft la kan. Tak susah pun macam google ada gmail, picasa, cloud semua. Microsoft pun ada lagi lagi banyak dari yang kita boleh gambarkan. Tak caya? Tengok gambar ni.



Nampak tak kalau kita tekan arrow ke bawah sebelah outlook tu, ada macam-macam dalam tu. People tu macam yang sebelum ni aku pernah cerita, semua yang kita sync akan masuk ke dalam Nokia Lumia contact number. Boleh link ke FB, Twitter, Google Contact, Skype, Linkedin dan Outlook Contact. Semua akan masuk ke Phone kita. Kalau taknak kita boleh filter dari phone nanti.


Calender pun sama. Kita boleh link dari akaun FB dan boleh masukkan sendiri apa yang kita nak. Selalunya hari lahir kawan-kawan FB kita akan terus masuk kedalam calendar kalau kita link kan ke calendar la. Kalau tak link macam mana nak masuk. Setiap warna berbeza tempat. Ungu ni daripada FB. Biru dari calendar aku masukkan.


Onedrive pula macam Cloud yang lain. Kita boleh sync terus gambar, video dan kerja dari word, excel dan powerpoint dari phone ke sana. Boleh buka komputer dan tengok dari sana juga tau. Onedrive akan diberi sebanyak 7GB dan untuk pengguna Nokia Lumia akan diberi tambahan +3GB untuk Camera Roll. Korang boleh share gambar atau apa sahaja dalam tu secara public atau contact yang ada dalam outlook kita. Kalau taknak share boleh link ONLY ME je kat situ.



Word, Excel dan Powerpoint online korang boleh buat kerja secara online dari file skydrive korang. Balik rumah boleh sambung kerja di phone menggunakan Office Hub dalam Nokia Lumia korang. OnenNotes tu kita boleh buat notes secara ringkas. Lepas save korang boleh tengok semua dari Onedrive di Document folder. Kat sana tersimpan MS Office dan OneNotes.

Nampak tak antara yang buat. Mudah sangatkan. Penat dah cerita pasal Outlook ni. Bukan outlook je dari Microsoft, hotmail dan banyak lagi. Tu boleh check masa korang buat email nanti. Free je pun. Tak perlu bayar pun. Kalau nak bayar juga, boleh bagi aku. Hehehehe.

Sekarang kita cerita pasal Windows Phone Web pula. Berbeza tapi satu syarikat juga. Yang tadi aku buka untuk kerja, email, cloud dan macam-macam. WP Web pula untuk ambil apps, dan macam-macam lagi. Tengok gambar dibawah.


Kat line merah tu macam-macam ada. Korang kena signin guna email outlook tadi la. Dapat la masuk ke sini. Tapi dingatkan, sebelum nak download apps ke apa, tolong tengok region korang betul dari Malaysia. Takut apps dari UK ke dari negara lain tak support untuk negara kita. Bawah sekali ada Malaysia (English).

Nak download cuma klik apps + games tu la. Semua ada dalam tu. Kalau games tak macam android, kalau online pun selalunya guna XBOX. Boleh main dengan kawan-kawan yang ada XBox juga. Tapi data internet memang banyak pakai ok. Nama pun online games.

Ni antara kegunaa WP Web.


Dekat atas ni dalam kelompok merah tu setting semua la.

Ni Account setting. Korang boleh tukar dan update nombor semua disini.


My Phone. Dalam ni semua data ada. Xbox LIVE tu games Xbox korang. Siap dapat gold silver gitu. Hehehehe. MS Office dan email semua ada dalam ni. =)



Setting Find My Phone. Kalau tak tahu phone dimana boleh tekan ring. Boleh lock dari sini dan kalau hilang rasa takut orang boleh buka korang erase je. Semua data akan delete daripada phone korang.



Last sekali Puchase History. Kalau free pun, kita download akan ditulis Purchase. Kalau beli apps dan korang format phone, korang boleh reinstall balik daripada Purchase History ni.

Tu serba sikit tentang Nokia Lumia, Microsoft Akaun & Windows Phone Website. Sebarang pertanyaan bolehlah korang tanya dikotak dibawah atau korang boleh join aku dan rakan-rakan di Close Group Facebook di link : https://www.facebook.com/groups/nokiamalaysia/. Segala pertanyaan mengenai Nokia Phone boleh juga join. Semua pakar dalam tu ada. Aku je tak berapa pakar.

Terima kasih sebab sudi membaca. Lain masa aku akan review lagi pasal Windows Phone ni lagi ok. Bye.

20 comments:

  1. wah...bagus jugak nokia lumia ni...

    ReplyDelete
  2. saye pun pakai nokia lumia. tapi macam pening arr... pening err.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Nokia Lumia apa? Boleh join group dekat FB tu. Ada link kat atas. Boleh tanya disana. Lebih mudah. =)

      Delete
  3. menarik
    lama xpakai nokia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik bagi saya. Tak tahu la kalau orang lain. =)

      Delete
  4. fenin2..hehe..maybe sebab dah terbiasa dengan Samsung..Nak try Lenovo pasni coz dengar kata, baterinya tahan?Hmm..ada pandangan x Zack?Budak2 lelaki ni lagi pandai dari gurls bila bab2 gadjet ni;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tak pakai pening. Dah pakai senang je. =)

      Delete
  5. wahh menarik dan terlalu canggih

    ReplyDelete
  6. lama tak singgah sini..susah betul bila bloglist hilang ni..selamat malam zack..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak singgah sini. Takpa, ada masa singgah la . =)

      Delete
  7. wah.. nampak menarik tu zack.. :D

    ReplyDelete
  8. salam. ehehhe..tak tahu sangat pasal ni semua :D
    btw isi tabung malaysia airlines :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih singgah dan isi tabung. Nanti saya detailkan lagi pasal nokia ni. =)

      Delete
  9. tak reti guna nokia lumia ni.. hee.. kalau ada di tangan memang akan godeh2 kasi pandai guna.. hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 je susah. Macam mula2 kita drive, mesti ada sangkut-sangkut. Lama-lama ok la. =)

      Delete