Followers

Monday, 14 April 2014

Windows Phone 8 (temporary files storage problem & solution)

Hi semua. Mesti ramai yang tahu masalah ni selalu berlalu dalam Nokia Lumia atau pun Windows Phone 8 yang lain. Sejak aku menggunakan Nokia Lumia 625, paling tinggi sekali masalah yang datang Temporary Files / Other storage menjadi penuh (Full). Macam mana nak atasi? Mari kita tengok.

Kalau kita ke SETTINGS > phone storage, kita akan nampak macam gambar dibawah ni.


Klik di phone. Dan lihat pada temporary files.


Bila lihat dekat sini, takda apa masalah pun. Tapi dimana masalah tu datang?

Sekarang kita masuk pula SETTING > STORAGE CHECK.


Slide sebelah kanan dan lihat pada Temporary Files. Disini pula berbeza dengan tadi. Kenapa banyak daripada tadi. Bila aku try clear still masih sama dan tidak hilang. Setelah lama aku mencari, aku tahu penyelesaian permasalahan ini.


Sebelum buat tolong baca sampai habis. Sebarang kejadian yang berlaku atas tanggungjawab sendiri. Tapi aku buat takda masalah. TOLONG BACA SAMPAI HABIS.

First thing kena masuk pada SETTINGS > date+time.


Tukar dari set automatically On kepada Off.


Klik pada Date. Nampak date hari yang korang buat.


Tukar tahun date kepada 1 tahun depan macam dibawah.


Selepas tu masuk kembali di STORAGE CHECK dan klik clear pada Temporary Files. 


Dan ini hasilnya. Temporary Files akan kembali clear tapi takkan sampai 0 la ok.


Perhatian :
Selepas anda telah siap, boleh tukar kembali tarikh kepada Automatic atau tarikh asal. Dan selepas dah clear, Data Sense anda juga akan kembali kepada 0 dan perlu disetkan semua. Aku cuba pada Nokia Lumia 625 aku, OS WP8 (Black), takda masalah. Harap ini dapat membantu masalah anda semua. Terima kasih. 

4 comments:

  1. Nokia Lumia ni okay ke? Vee tengah cari hengponngg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. To me ok sangat. Ikut orang juga. Kalau tak minat apa pun tak ok. Tapi kalau minat mesti segalanya OK. =D

      Delete
  2. sebenarnya, internal storage unt Nokia ni berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internal storage 8GB untuk handphone Nokia Lumia 625 saya. Next updates dah tak risau, sebab apps semua dah boleh masuk ke dalam SD Card. SD card saya 32GB. =P

      Delete