Followers

Friday 20 June 2014

National Champs Challenge 2014 (NCC 2014) for KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Agak penat aku hari ni sebab dua hari sebelum aku ada banyak kerja untuk dibuat sempena National Champs Challenge 2014 untuk KFC. Apa itu NCC? Setiap tahun KFC akan mengadakan pertandingan untuk memilih BEST of the BEST dari setiap segi. Contoh best manager, best cook, best backup, best cashier dan sebagainya.

NCC bermula pada hari Rabu (18.6.2014).


Aku dibahagian Comunity. Kira macam-macam juga aku buat tapi dari segi, arrange transpotation dan arrange barang-barang di hotel.

First day aku bangun jam 5 pagi dan bersiap ke hotel untuk arrange transport. 1st 7 2nd Team bertolak jam 7 pagi. Oleh kerana aku malas tinggal di hotel, aku pun bertolak dari rumah jam 6 pagi dan tiba seawal 6.30 pagi. Lajukan.


Hotel Holiday Inn ini terletak di area Glenmarie Golf & Country Club. Kira satu syarikat la tu. Kalau daripada rumah aku hampir 30km untuk satu perjalanan.

Tapi aku arrange transport di Lobby. Sempat juga aku ambil gambar dikawasan Lobby hotel ini.





Ni antara tempat yang aku sempat ambil gambar. Lobby disini memang cantik decoration dia. Selepas settle 1st & 2nd team, aku pergi sarapan pagi di bawah lobby.



Coffee memang tak boleh tinggal. Black coffee lagi pahit lagi menarik. Pagi makan pun tak berapa banyak. Tak berapa minat makan dekat hotel-hotel ni. Biasa pergi warung je. Luar daripada tempat aku breakfast, ada swimming pool. Pemandangan memang superb.




Lawakan kawasan swimming pool mereka. Selamat aku masih banyak kerja. Sempat ambil sikit-sikit je. Tak sempat melihat sekeliling lagi.

Aku di hotel sehingga jam 2 petang sebelum aku ke KFC Setia Alam untuk arrange transport pulang pula. Hari pertama ada 6 team yang pergi untuk beradu kepakaran masing-masing. Daripada hotel ke KFC lebih kurang 25km. Tapi selamat jalan agak senang dengan menggunakan Here Drive+ daripada Nokia Lumia aku. Sekali set je, boleh sampai tanpa sesat.




Ramaikan orang. Aku disini sampai jam 6.15 petang. Hari ni aku terus pulang kerumah daripada KFC Setia Alam. Aku terambil jalan jauh untuk pulang kerumah (SESAT). Bateri phone aku pula habis sebab daripada malam semalam tak cas. Selamat tiba juga dirumah jam 7.40 malam. Lamakan.

Pada hari kedua aku arrange transport untuk 3 team sahaja. Tapi hari ni aku tak ke KFC Setia Alam. Aku arrange barang di secretariat room.





Tu antara list area untuk team masing-masing. Dan bawah sekali hadiah untuk participan yang main untuk Regional Champs Challenge (RCC) pada tahun 2013. RCC ni akan lawan untuk KFC Malaysia pula yang dipilih antara yang terbaik daripada Team NCC. Tahun ni siapa la pula ya.

Sampai jam 6 petang, aku tumpang bilik rakan sekerja aku untuk bersiap dinner pada malam hari. Dinner bermula lebih kurang jam 8 malam. Sebelum dinner aku pergi hantar banner petang tu di kawasan dinner. Sempat juga la ambil gambar kawasan sekeliling sebelum malam.

 



Dah macam lelaki kamera (Cameraman) dah. Padahal ambil gambar mengarut-ngarut je. Hahaha.

Pada malam hari, malam Gala Night yang ditunggu. Tema Colour Block. Aku mana pernah ikut tema punya. hehehehe. Apa yang ada aku pakai je.





Abaikan mamat berlagak cute dekat atas tu. =P

Kira ambil satu gambar sudah la ya. Yang lain dah masuk perut. Lapar sangat kot malam tu. Aku pulang dalam 11 malam daripada sana.


Sebelum balik sempat juga ambil gambar depan pintu nak masuk. Lawa pula malam-malam. Akhirnya sampai dirumah pada jam 12 tengah malam. Dan hari ini aku bekerja seperti biasa pada jam 8.30 pagi di ofis. Thanks for reading. Mungkin cerita ni membosankan tapi memang ini cerita aku pada setiap tahun, yang berbeza pada kawasannya sahaja.


11 comments:

  1. Team mana best for overall?

    ReplyDelete
  2. ohhh... memang tiap2 thn ada camni ya... tp takpe... janji ada makan2 muahahahaha.,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun ada. Tapi memang penat la.

      Delete
  3. Replies
    1. Best la bila tak buat kerja di office. hehhe

      Delete
  4. view dia cantik sangat. betul cakap lee wa wan janji makan dia mesti kena sedap. Baru la best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Cantik kan. Makan sampai muntah ni. hehehe

      Delete
  5. perh menarik event kfc..
    slalu even mcmni mkn sampai naik muak..
    bayak sangat..tu yg best :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Makan memang banyak, tapi tak habis juga pembaziran.

      Delete