Assalamualaikum untuk kawan semua. Hari Ahad (08 Jun 2014) pada jam 4:00 petang, kakak ipar aku Rafidah Binti Sharkawi telah meninggalkan kami sekeluarga. Arwah lahir pada 05 Ogos 1980 dan pada tahun ini telah berumur 33 tahun. Beliau telah meninggalkan abang aku (Suami) dan 4 orang anak (3 lelaki dan 1 perempuan). Anak pertama berumur 14 tahun dan yang ke-4 dalam lingkungan 9 tahun.
Semua telah takdir Ilahi. Arwah mengidap barah otak tahap 4. Arwah selamat dikebumikan pada hari Isnin (09 Jun 2014) pada jam 10:30 pagi di tanah perkuburan Taman Batu, area Jalan Ipoh. Melihat anak dan suami arwah, membuatkan hati aku tercuit dan sedih. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau disana dan memberi rezeki pada ahli keluarga beliau.
Zaman sekarang kalau meninggal pun kena pakai duit banyak. Urusan di Masjid pun agak tinggi untuk keluarga beliau, selamat ahli keluarga yang lain membantu. Fardu Kifayah kini menjadi payah bila diri hanya melihat pada kebendaan dan bukan pada keinsanan. Adakah kurangnya dana dan hasil kutipan pada setiap masjid? Ataupun dimana perginya setiap yang diberikan oleh orang pada setiap Jumaat dan hari-hari yang lain?
Minta maaf jika ada yang terasa dengan apa yang aku katakan. Tapi inilah hakikat kehidupan. Tak perlu berselindung disebalik wajah yang warak, jika simpati tiada dihati. Terlalu banyak aku lihat berlaku pada masa kini. Aku berkata bukan dari apa aku dengar, tapi daripada apa yang aku rasa. Bukan semua macam tu tapi segelintir yang menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan sendiri.
Apa pun syukur kehadrat Ilahi sebab semua yang berlaku semalam berjalan selancarnya. Aku mendoakan kebaikan untuk arwah dan juga ahli keluarga arwah yang masih hidup. Amin Ya Allah.
takziah :'(
ReplyDeletetakziah untuk zack sekeluarga..Moga Zack dengan keluarga redha dengan pemergiannya...Kuatkan semangat untuk orang yang tersayang..
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletetakziah
ReplyDeleteterima kasih.
Deletetakziah..adik ipar ecah pon baru 2 minggu meninggal..umur baru 23..meninggal sebab lemas kat tasik..semoga roh mereka dicucuri rahmat..
ReplyDeleteYa ke, Salam takziah juga.
DeleteAl-fatihah.. Allah lebih sayang kepada aruah
ReplyDeleteAmin. Ya chegu,
Deletetakziah.. semoga beliau ditempatkan disamping org yg beriman...
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilaihi raaji'un...
ReplyDeleteTakziah
Terima kasih
DeleteInna lillahi wa inna ilaihi raaji'un... Salam takziah semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.
ReplyDeleteIn shaa Allah.
Deletesalam takziah zaki. :'( sy pernah rasa apa yg kamu rasa. kehilangan org yg kita sayang.
ReplyDeleteKesiannya.. Smoga suami dan anak2 beliau tabah menghadapi semua ni. Deepest sympathy to your family, bro..
ReplyDeleteHendaknya begitu la Vee.
Deleteal-fatihah..
ReplyDeleteSalam takziah..
Amin. Terima Kasih.
Delete