Followers

Friday, 5 December 2014

Mak kembali pulih

Hai semua, lama aku tak singgah blog sendiri, apa tah lagi korang, mesti tak singgah blog akukan? Makin lama makin sunyi blog aku ni. Mungkin terlalu banyak masa yang aku sia-siakan bila berpeluang update blog. Bukan mudah nak mencari mood untuk menulis.

Sebenarnya, nak cerita pasal mak aku. Pada hari Sabtu (29/11/2014), Aku, Kak long aku dengan Abang Ipar aku hantar mak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mak aku nak pitam dah lebih kurang jam 8 malam pada hari itu.


 
Ni masa malam hari. Daripada klinik pesakit luar terus naik ambulans ke Emergenct & Trauma Deptment. Darah masa tu naik atas dalam 200++ dan bawah masih ok dalam 82. Terus kena tahan wad. Mak berpunca dari batuk dan ada jangkitan kuman diparu-paru.
 
 
Ni doctor pakai mak aku. Dia ambil kes ni dan minta mak aku sign untuk bagi dia kebenaran untuk bagi ubat dan handle kes ni. Sebab mak aku pakej dapat athma. Doktor ni cakap berpunca dari ubat darah tinggi yang diambil yang menjadi punca penyebab dapat athma. Bahaya juga ye ubat doctor. Mak aku bernasib baik Allah hantar pakar tanpa perlu bayar tapi dia yang bayar mak aku. Dan pakar ini bukan under hospital ini tapi dia buat kajian utk ubat terbaru athma.
 
Dia kata sample darah dan semua tu dihantar ke United States dan Singapore dan segala rekod akan dijaga selama 15 tahun. Doktor sangat muda bagi aku. Tapi bila tengok dia handle mak aku tanpa bantuan nurse, memang sangat bagus.


Mak aku dah tukar wad 22 masa ni.
 
Tiap pagi dan petang aku dating untuk hantar makanan dan jenguk mak aku. Rindu sangat. Jangan jeles ok. Rindu bila dekat rumah tak dapat tengok. Nak tidur jaga tak boleh sebab wad wanita. Jadi dapat la tengok masa balik kerja. Satu jalan balik dan pergi memang lalu HKL. Hikmah dapat kerja baru ditempat yang jauh tapi dekat dengan tempat yang boleh dituju. Selama dihospital, Kak Long aku yang jaga dan Mak Cik aku.
 
Jiran lama ada juga. Datang untuk checkup.
 
Last doctor pakar ambil sample darah.

Waktu pulang.
 
Semalam Khamis (4/12/2014), mak aku dah boleh pulang. Alhamdulillah, mak kembali pulih. tapi Ahad ni kena buat checkup dengan doctor pakar tu lagi. Apa pun tak sangka mak aku dipilih untuk dipulihkan. Dulu mak makan 5 jenis ubat untuk darah tinggi. Dan sekarang hanya 1 je ubat yang diambil. Adakala kita perlu melihat dan paham jenis ubat dan kesan sampingannya, sebab mak aku berpunca ubat yang diberikan boleh menjadi penyebab athma.
 
Terima kasih sudi membaca dan semoga mak aku sembuh sepenuhnya.
 
 

No comments:

Post a Comment