Followers

Friday 5 December 2014

Site Visit & Briefing

Sejak sekarang agak sibuk nak update blog. Lama tak cerita pasal kerja aku. Banyak sebenarnya cuma relaks la. Penat tengok je. Ini pun cerita bulan 11 hari tu. Pada Jumaat (21/11/2014), boss aku hantar aku untuk site visit bagi pihak syarikat.

Aku pun bukan pandai sangat, sebab takda basic pasal construction ni. Jadi aku pergi untuk melihat apa yang di nak dilihat. First site visit aku di PETRONAS Menara 3, dibelakang menara KLCC.

Cantik pula tengok tempat ni. First time dating.

 
Lepas brieffing aku naik tingkat 31. Tengok benda yang ingin ditukar dalam tu. Gambar semua dah bagi boss. Tak sempat ambil gambar pemandangan dari tingkat atas. Sebab memang cantik, aku siap keluar ke balkoni luar. Kuat anginnya. Jakun kan aku. Hehehehe.

 
Canopy glass ni pun akan ditukar nanti. Sorry tak berapa pandai bab ni. Aku datang dengar dan ambil gambar je.
 
Pada Khamis (27/11/2014), aku kena pergi briefing untuk PETRONAS vendor untuk kali ke-2 dengan akak staff dimelaka. Ramai yang pergi disana daripada syarikat yang berbeza. Kali ni briefing di PETRONAS Research, Bangi.
 
 

Dalam dewan briefing.

F1 dalam ni. Smart pula.

Sempat lagi aku ambil gambar. Jalan marah ya.
 
Semua gambar ini diambil menggunakan Lumia 1520. Diedit menggunakan RAW files di aplikasi Photomatix. Terima kasih kepada semua pembaca.
 
 


4 comments:

  1. bestnya , x pernah naik ke petronas nie lagi...byk opis2 ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak azie. Atas tu angina kuat.sana baru nak buat ofis balik kot.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih BBL. Saja je snap. Sebab suasana kat situ macam cantik.

      Delete