Semakin Hampir
“Hai Jamm… Kenapa tengok Husna macam
tu?”
“Takda apa. Cantik betul Husna hari
ni.”
“Eleh, ye la tu. Saja sedapkan hati
la tu.”
“Betul la, sumpah.”
“Ye la. Jom masuk dalam, kawan-kawan
Husna tengah tunggu dekat dalam tu. Kejap lagi akak lak datang.”
Aduh! Macam mana aku nak luahkan
perasaan aku ni kalau ramai-ramai macam ni.
“Ramainya ke kawan-kawan Husna? Segan
pula nak join macam ni.”
“Ala, apa nak segan. Join je la.”
“Takpa la. Jemm nak jumpa member
kejap dekat sini. Sebelum Husna nak balik nanti kita jumpa ok.”
“Betul ni tak nak join? Ok la Jemm,
nanti kita jumpa sebelum Husna balik.”
“Ok. Kirim kat kawan dengan akak
Husna ye. Bye.”
“Ok Jemm. See You later.”
Aku pun berjalan seorang diri
kembali. Aku terus menelefon kawan-kawan aku dan tanya dimanakah lokasi mereka.
Rupanya semua di snooker dekat dalam games shop. Aku terus berjalan menaiki
setiap tingkat sehingga sampai disana. Sampai sahaja disana aku terus menyapa
mereka semua.
“Siapa menang jom lawan aku pula. Ke
nak main lucky ball?”
“Malas la aku lawan kau. Tak
habis-habis kau je menang.”
“Poyo la kau Deen, bukan aku tak
pernah kalah pun.”
“Memang la kau pun ada kalah, tu pun
sekali dua je. Kami ni berpuluh kali kena tibai.”
Tiba-tiba Rashid mencelah sambil
tangannya menghulurkan botol Coke kepada ku.
“Nah Jemm. Minum dulu. Kasi ringan
sikit kepala. Dah campur dengan air Favourite kau ni.”
Aku pun terus ambil Coke yang
bercampur arak itu. Kami terus minum bersama-sama. Aku masih masih hanyut dibuai
kehidupan yang lama. Sampai bila semuanya akan terhenti? Masih belum aku
ketahuinya.
Aku menemani rakan-rakanku bermain
sukan snooker disana. Kepala semakin ringan dan khayal dibuai kemabukan.
Tiba-tiba phone aku berdering. Alamak, panggilan daripada Husna pula ni. Mesti
nak jumpa aku sebelum dia balik ni. Macam mana kalau dia jumpa aku dalam
keadaan macam ni.
“Ye Husna.”
“Lambat betul angkat phone. Busy ke?”
“Takla. Tadi teman kawan main snooker
dekat games atas Sungai Wang.”
“Husna nak jalan-jalan dulu kat Lot
10, nak jalan sekali tak?”
“Takpa la, sebab segan la ramai
sangat perempuan kat sana. Dah la tak kenal sangat.”
“Ala… Jom la. Teman Husna cari barang
untuk birthday akak esok. Esok kan tuisyen lagi, mana sempat. Please…”
“Ok la kalau macam tu. Tunggu depan
pintu keluar Sungai Wang.”
“Ok, Husna tunggu k.”
“Ok.”
Macam mana pula ni, dah la mulut bau
arak. Terpaksa aku pergi cari benda untuk hilangkan bau ni. Aku terus salam
rakan-rakan aku dan cakap aku ada hal untuk diuruskan. Aku terus berjalan dank
e 7-Eleven. Kena beli something untuk hilangkan bau. Selamat minum tak banyak
sangat.
Selesai membeli swing gum aku terus
bergegas cari Husna. Tu pun dia. Mereka berempat pula. Segan pula nak berjalan
bersama. Sampai disana Husna terus kenalkan aku dengan mereka semua. Kami terus
berjalan untuk mencari hadiah untuk akak Husna.
Aku berjalan agak jauh dan kurang
bercakap dengan mereka sebab takut bau arak ni akan dikesan mereka. Selesai
sahaja membeli, Husna ajak aku balik dengan dia sebab kawan-kawan dia naik bas
yang berlainan.
Sambil aku dan Husna menunggu bas,
aku terus memulakan perbualan kami.
“Husna, tadi tu kawan-kawan sekolah
Husna ke?”
“Aah la. Kenapa”
“Takda apa la. Saja je tanya.”
“Jemm berminat ke salah sorang kawan
Husna tu? Kalau minat boleh je Husna bagitau diorang nanti.”
“Mana adalah. Baru jumpa tiba-tiba
nak minat pula.”
“Bagus la macam tu.”
“Bagus?”
Aku bingung dan terus merenung Husna.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘Bagus la macam tu’. Dia memandang aku tapi tidak bercakap
apa pun, malah dia hanya tersenyum kecil. Baru aku ingin memulakan bicara, bas
kami sampai dan kami terus menaiki untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kami duduk dibelakang. Setelah 5
minit perjalanan, tiba-tiba phone aku berdering. Aku terus melihat siapa yang
memanggil. Qaseh rupanya. Aku terus menjawab panggilan daripada Qaseh.
“Hello Abang Jemm.”
“Ya Qaseh.”
Husna terus memandang dan mendengar
perbualan kami.
“Abang Jemm dekat mana tu?”
“Abang dalam bas. Tadi pergi Sungai
Wang jumpa kawan-kawan abang kejap. Kenapa Qaseh call?”
“Takda apa. Saja je nak call. Tak
boleh ke? Bila Abang Jemm nak datang sini? Lama tak datang sinikan.”
“Nanti abang datang. Ingat nak jumpa
Abang Chan sekali. Next week la abang datang k.”
“Ok Abang Jemm. Rindu lama tak jumpa
abang.”
“Mengarut je la. Kla, jumpa Qaseh
next week.”
“Kiss sikit Abang Jemm. Cepat la
sebelum letak phone.”
“Ehhhh… Tak payah nak ngada sangat la
erk. Bye dik.”
“Dik? Alaaaaa….”
Aku terus letak phone. Kalau dilayan
budak kecil tu makin menjadi la dia. Aku memandang Husna. Dia buat tak tau je.
Ye la, takkan dia nak jeles pula. Dia bukan girlfriends aku pun.
Sampai diperhentian rumah Husna. Baru
aku nak ucap jumpa lagi, dia terus bangun dan turun tanpa mengucapkan apa-apa
kata. Husna marah aku ke? Mungkin dia ada urusan mustahak kot yang hendak
diselesaikan.
Aku pun telah tiba di destinasi rumah
aku. Aku terus masuk rumah dan membersihkan diri ini. Sudah hampir senja dah
ni. Malam nanti baru aku mesej Husna.
Malam menjelma kini. Tiba-tiba phone
aku berbunyi. Siapa yang telefon pula ni? Husna rupanya. Aku terus menjawab
panggilan Husna.
“Hello Jemm.”
“Hello Husna. Baru terfikir nak call
Husna malam ni. Macam tau-tau je kan.”
“Ya la tu. Ke nak call budak yang
call Jemm dalam bas tadi?”
“Eh… Mana adalah.”
“Yak e ni? Siapa yang call tadi tu?”
Kenapa dengan Husna ni? Tiba-tiba
tanya aku siapa yang call tadi.
“Tadi tu Qaseh. Adik abang angkat
Jemm. Dia call tanya bila nak datang rumah je.”
“Kenapa dia yang call? Kenapa bukan
abang dia?”
“Dia memang macam tu. Sebab kami
bertiga memang rapat sangat dah. Kenapa tanya pasal dia?”
“Takda apa la. Tanya pun tak boleh
ke? Mana tau GF Jemm ke kan. Takut gak kalau terkeluar dengan BF orang ni.”
“Bukanlah. Anggap dia Macam adik je
pun.”
“Baguslah macam tu. Ok lah, Husna nak
tidur dah. Jumpa esok ok? Selamat malam Jemm.”
“Ok Husna. Jumpa esok. Selamat malam
juga. Bye.”
“Bye.”
Kami pun mengakhiran perbualan kami.
Esok akan jumpa dia lagi. Esok aku kena luahkan juga perasaan hati ini. Tak boleh
simpan lagi perasaan ni. Harap esok semuanya menjadilah. Dah lama aku pendam
perasaan ni. Tak tertanggung lagi jika aku tak luahkannya. Semoga semuanya
berjalan lancar esok.
best ni.. hehehe
ReplyDeletethanks Shehan...
Deleteblogwalking here. hihi.
ReplyDeleteThanks for blogwalking...
Deletelol. baru baca episode 12. episode lain x sentuh lagi. nampak novel kecik je, pasal romantis ke? lol. best2. bacaaan ringan waktu malam ni. santaiii
ReplyDelete