Followers

Thursday, 31 October 2013

Penulisan macam mana yang anda minat?


Antara banyak-banyak penulisan, penulisan yang bagaimana kamu minati? Bagi aku penulisan berkaitan dengan pengalaman amat bermakna bagi aku. Sebab pengalaman mengajar kita pelbagai perkara yang kita tidak tahu, tidak pernah alami atau sebagainya. Sebelum ni aku pernah buat tajuk Penulisan Yang Baik.

Dalam tajuk tu banyak aku ceritakan tentang bagaimana cara penulisan yang baik bagi aku la. So kali ni kita pula kena tanya pada diri kita, penulisan yang macam mana boleh menarik minat pembaca. Bukan mudah nak menarik minat orang untuk membaca apa yang kita ceritakan.

Aku suka baca banyak aspek penulisan. Bagaimana susunan ayat dia, susunan cerita dia. Adakala kita memahami apa yang kita maksudkan tetapi bukan semua orang paham apa yang kita ceritakan. Oleh sebab itu, kita perlu menulis dengan penuh ketelitian dan dengan bahasa yang mudah difahami. Jangan nak short-form sangat la ya.

Zaman sekarang menaip je pun. Bukan perlu nak menulis. Aku agak respect orang dulu menggunakan typewriter (Mesin Menaip). Bukan mudah sebab mereka perlu menaip dan kalau salah, sehelai kertas dibuang. Kita dah ada backspace. Tak perlu la takut akan kesalahan menaip lagi.

Aku tanya lagi sekali, penulisan macam mana yang korang minat? Penulisan aku ni ada tak yang korang minati? Kalau ada salah dan silap, minta tunjuk ajar. Bukan apa, untuk menyemarakkan lagi kelincahan penyampaian dalam penulisan aku.

Ada yang tanya aku, "Dulu karangan dapat A+ ke?". Jawapan aku, "Mestilah tidak". Aku ni bukan bagus pun sebenarnya. Mungkin sebab aku agak minat membaca, apa salah aku mencuba. Tak rugi belajar. Aku dah cabar diri aku walaupun penulisan aku tak pernah dapat markah tinggi pun. Korang berani?

Aku rasa sampai sini dulu penyampaian aku yang serba kekurangan ini. Lain kali jumpa lagi. Tiada apa yang dapat diperkatakan melainkan kekurangan. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Ilmu ini sesungguhnya milik yang Maha Esa. Aku hanya menyampaikan apa yang telah tertulis didalam hidupku. ByE-bYe..........

"Nak lagi? Lain kali la ya"

ZH Blogger

5 comments:

  1. saya suka gaya penulisan yang sempoi2 and tentang pengalaman macam yang awak cakap tadi.. btw, penulisan awak baik laa, kalau tak, saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan sekarang ^^ muehehehehehehehehehehehehhehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih siara elina. Saya rasa penulisan saya kurang baik lagi sebab ni pun menaip dalam masa yang agak cepat. Takda masa untuk berfikir. Apa terlintas terus je menaip. Sempoi memang mudah untuk kita baca. Tak penatkan. Hehehehe

      Delete
  2. Thanks.

    Ya ke. Santai best pe. Kita je tak reti nak santai2. buat lawak tak nampak orang ketawa ke tak. hehehe

    ReplyDelete
  3. hemm.. bagi teman lak.. teman suka yang santai jugak.. x suka yang sarat sangat.. atau lebih kepada bentuk formal jea gaya penyampaiannya.. macam gaya penulisan zack teman suka baca sebab ada terselit kesantaian disitu.. x serius sangat.. heee. good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Teman rasa kadang-kadang macam serius sikit. Santai tak berapa reti. Kalau depan2 teman tau la macam mana nak bersantai. =)

      Delete