Followers

Thursday, 21 November 2013

Penulisan Kurang Menarik


Hi semua pembaca. Rasa berat je nak menulis. Sebab kadang-kadang aku rasa penulisan aku agak kurang menarik perhatian pembaca. Atau pun hanya aku yang rasa macam tu. Apa yang boleh membuatkan penulisan itu menjadi menarik? Mungkin sebelum ini aku pernah buat entry pasal Penulisan Yang Baik, tapi mungkin ada sedikit benda yang tidak lengkap untuk diri aku.


Pelawat atau pembaca pun akan turun naik. Mungkinkah perlu bagi aku untuk update entry aku hari-hari? Aku kurang pandai untuk buat entry yang ringkas. Setiap orang gaya penulisan berbeza. Dan setiap orang ada keunikan pada penulisan mereka.

Pada aku yang penting keikhlasan kita bila membuat penulisan itu sendiri. Dengan rasa dihati, dengan jari yang menaip. Semua dapat dirasakan. Kalau penulisan itu dapat memberi impak pada diri seseorang, bermakna penulisan itu sangat berharga.

Aku sendiri membaca entry aku pun tak dapat merasa impaknya sebab aku merasa bila aku menulis sahaja. Kalau ada yang kurang boleh la kita memberi pandangan dan teguran. Banyak yang perlu diperbaiki dalam penulisan aku. Apa pun terima kasih atas bimbingan dan teguran dari rakan-rakan diblog dan diluar dari sini.

"Bukan aku yang ingin menulis tapi hati keinginan hati"
"Jari hanya menuruti apa kata hati ini"

Zh Blogger

6 comments:

  1. kalau deeya nak menulis , deeya pastikan menulis dari hati . sebab kata-2 dari hati akan jatuh ke hati jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la. Sama la. Rasa je macam tak best penulisan sendiri...

      Delete
  2. apepun yang kita tulis if ianya menarik ok je jgn duk menulis yang merapu sangat dah la... org datang if org faham ape yang kita tulis kadang kita pergi membaca kat blog seseorang tapi kadang2 x faham so x dapat nak bg komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la. Betul tu. Hope orang paham apa ZH tulis. hehehe

      Delete
  3. akak kalau xda idea nak taip entri terus jer update gambar2..hehehe..bukan senang nak menulis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan. Penulisan ni terlalu mencabar. Tapi benda mencabar saya suka. Bukan apa kak, saya ni kalau menulis macam2 nak cakap. hehehe

      Delete