Followers

Monday 24 February 2014

Akhirnya...

Hi semua. Apa aku nak cerita hari ni ye. Sebenarnya Sabtu hari tu bersamaan 22.2.2014, aku telah berjaya juga membeli handphone baru. Bukan nak berlagak, tapi aku ni susah sangat nak simpan duit untuk beli handphone. Tahun ni berjaya juga. Sebenarnya hari tu aku Cari model Nokia Lumia 720, tapi apakan daya, dah tak ada keluaran tu. Model lama katanya.

Mula-mula aku pergi dekat One Gadjet di Menara PGRM. Aku whatsapp dia sebelum datang, diorang cakap model Nokia Lumia 720 ada lagi. Bila dah sampai je takde pula. Pasal takda tu aku taklah marah sangat, tapi aku bengang bila aku datang, diorang layan macam nak tak je.

Jadi aku teruskan usaha ke Nokia Store di Lowyat Plaza. Bila sampai je aku tanya tapi takda juga. Aku pun tukar kepada pilihan ke tiga aku dulu. Nokia Lumia 625. Aku terasa nak warna hijau pula. Lawa pula aku tengok. Padahal aku tak minat pun hijau ni. Tapi kat Nokia Store takda pula Nokia Lumia 625. Stock habis untuk semua warna.

Nokia Lumia 625

Bajet pun mampu tu je. Tapi stock di Nokia Store pula habis. Diorang suruh aku cari dikedai kecil di Sungei Wang Plaza. Aku pun teruskan usaha kesana. Tapi pilihan colour memang takda. Aku nak beli warna hijau. Tapi takda. Aku terus bertukar pilihan ke warna Orange. Rare, warna jarang orang pakai. Tanpa membuang masa, aku beli dikedai ni.




Nokia juga. Tingkat G. Aku suka cara diorang layan customer. Aku ni cerewet, last sekali aku ambil Nokia Lumia 625 (Orange). Harga RM799 Dan aku dapat screen protector dengan cassing percuma. Kalau sesiapa berminat, boleh ke kedai diorang. Layanan memuaskan hati.

Selama dua hari ni aku pakai, memang best la. Cuma applikasi untuk blog belum aku jumpa lagi yang terbaik. Harap akan datang adalah, senang aku nak berblogging. Nanti aku bagitahu apa applikasi dan apa yang best dengan Windows Phone 8 ni.

Thanks for reading. Bye.

18 comments:

  1. akhirnye beli jugak. kaya. haha.

    ReplyDelete
  2. wahhh cantiknya warna orange tu...alhamdulilah hajat ZH membeli gajet baru dh kesampaian..

    ReplyDelete
  3. yeay..dapat handphone baru...jenuh gak tu nak menyimpan utk beli phone baru kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh sebab gaji pun tak besar mana. Ni kira model bajet je ni. =)

      Delete
  4. Bestnya. Rasa mcm nak tuka HP baru gak lah...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tukar sebab dah review hp Nokia Lumia hampir setahun. Rasa yang ni je berminat.

      Delete
  5. kerana diri ku bergitu berharga...akak like oren

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Saya minat biru tapi takda warna biru. Orange ni kira ok and rare.

      Delete
  6. Replies
    1. Tak perasan pasal tarikh. Time ni terlalu excited benda depan mata. Hehehehe.

      Delete
  7. Wahhh......tukar sudah....harap bole berbw dengan hp baru nanti....nice !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh.. Tapi belum pakar lagi ni. Baru pakai masih ada banyak yang belum tahu.

      Delete
  8. org ckp kamera nokia lumia ni cantikk hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun aku beli 5mp dan biasa punya, tapi focus dia terbaik. Plus apps camera dia yang sangat berguna dan menarik. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan juga.

      Delete
  9. Saya faham perasaan abang.
    Baru dapat Lumia 720 beberapa minggu lepas, beli kat 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
    Yg saya ni kiranya limited stock la.... Saya upgrade dari 620 ke 720 pasal nak longer battery life....
    Ayah saya tolong belikan pasal masih belajar lagi. Tapi sebanyak review yg saya baca kebelakangan ini, Lumia 625 mmg bagus utk bajet bawah RM1,000.
    Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Abang pakai ni ok la. Nokia Lumia terbaik buat masa ni. =)

      Delete